Sunday, July 15, 2012

Cuti dan Kerja.

Assalamuaalaikum...

   pada hari ini mom tidak buat apa - apa , cuma menunggu detik demi detik dan jam demi jam untuk pergi kerja... maklum lah berkerja dengan orang ni susah sikit, setiap masa perlu tepat dan pantas. salalu orang akan berkata kenapa lah kena masuk awal...tapi adakah kita sedar, pernah kah kita berkata kenapalah kena balik cepat.....

   Itu lah lumrah nya hidup bila kita berkerja dengan orang, setiap masa perlu ikut peraturan yang di tetap kan oleh majikan kita. kita mungkin berapa tidak senang dengan sesetengah bos kita kan, hakikatnya bos kita lah tempat kita mencari rezeki.

 Saya baru-baru ini bercuti panjang, saya minta dari bos hanya tiga hari tapi atas dasar apa serta kurang pasti bos telah berikan seminggu cuti, wahhh  bukan senang nak dapat cuti yang panjang begini. selalu bila minta cuti pasti bos akan memberi seribu alasan yang membuat kan saya tidak mendapat cuti. maklum lah saya ni orang baru jadi agak sukar untuk saya memohon cuti dari bos...

   Selesai cerita pasal bos, saya pun bercuti selama seminggu dengan tujuan membina masjid baru bagi menganti kan masjid lama. saya hanya membuat kerja ringan sahaja bukan macam kontraktor seperti syarikat besar serta syarikat yang tersenarai dalam bursa saham. saya buat semua kerana allah, bukan kerana wang dan harta benda. saya bersama sepupu serta beberapa budak kampung sedaya upaya menyiap kan masjid yang kini masih lagi dalam pembinaan.

   Kami disini di beri kepercayaan orang kampung dalam menyiapkan sistem pendawaian dalaman masjid tersebuat. saya serta sepupu saya sedaya upaya cuba menyiap kan masjid itu secepat mungkin ,maklum lah masing - masing berkerja jauh dan cuti kami agak terhad. sepupu saya menetap dia kuala lumpur serta saya pula menetap di pulau pinang. cuti kami juga tidak sama menyebab kan kami perlu memohon cuti yang masing.

   Saya senang berkerja dengan sepupu saya memandangkan sebelum ini kami pernah berkerja bersama, setiap projek yang membabit kan pendawaian kami akan buat bersama. jadi keserasian itu serta keakraban itu sentiasa ada antara kami. malahan saya begitu selesa berkerja dengan dia, kalau bab maki hamum ini biasalah. kami sering bertengkar, sering saling marah sesama sendiri. itu bukan apa sekadar hiburan waktu berkerja. maklum lah kami sahaja yang selalu bersama jadi itu menjadi rutin setiap kali kami berkerja bersama-sama.

  Siap sudah pendawaian masjid paya stesyen ini, so masing - masing membawa haluan. saya terpaksa pulang ke pulau pinang dan sepupu pula terpaksu pulang ke kuala lumpur. sepanjang perjalanan pulang saya berkhayal seketika, tidak sabar untuk melihat sebuah masjid baru yang bakal menyeri kan kampung kami serta menjadi tempat aktiviti keagamaan anak - anak muda kampung paya...




 


2 comments:

  1. Alhamdulillah..agk2 smpat x sembahyang raya kt masjid yg kelihatan baru tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid tu tak roboh lagi masa raya,kena tunggu lepas raya baru boleh nk roboh ira...

      Delete