Monday, July 16, 2012

Sikap dan Usia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

    Mom harap kalian semua sihat belaka serta ceria selalu, hari ini mom ingin berkongsi suatu pengalaman yang mom rasakan suatu yang baharu dalam kehidupan mom. Pengalaman ini lah yang membuatkan mom mengenal apakah itu sikap dan apakah itu usia. Bak kata pepatah harapkan pagar,pagar tak boleh di harap..

    Penat berkerja di tambahkan lagi dengan pelbagai benda yang perlu di lakukan membuatkan mom kadang kala agak kepenatan. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan ragam bos yang hendak itu dan ini secara cepat dan pantas, malahan bebanan itu di tambahkan lagi dengan sikap - sikap orang dalam jagaan mom. Pening bila memikirkan hal itu memandangkan mom perlu mengambil hati bos dalam masa yang sama mom juga perlu menjaga hati orang bawah jagaan mom. Pendek kata mom memang tak berapa sesuai dengan pekerjaan sekarang kerana mom bukan seorang yang tegas sangat dan mom terlalu membiarkan orang mengambil kesempatan atas sikap mom. Selalu waktu buat audit bila mom jumpa apa-apa kesalahan mom hanya bagi amaran sahaja, yalah kalau mom ambil tindakan pasti pekerja tersebut dapat surat amaran atau di berhenti kan kerja. Mom rasa tidak perlu mom sekat rezeki orang. yang pasti orang tersebut jangan ulangi lagi kesalahannya.

   Sewaktu perjalanan pulang dari tempat kerja adalah satu waktu yang mom paling suka sekali, yalah mana tidak suka nya balik kerja nama pun. Dalam kedinginana angin petang yang nyaman dan segar di tambahkan lagi dengan desiran ombak laut pantai jerjak membuat diri mom hilang  dari segala bebanan di tempat kerja. Dalam keasyikan melayan perasaan mom secara tiba-tiba hati mom berdetik 'opsss minyak dah nak habis'
jadi mom perlu segera mencari petrol pam yang berhampiran untuk mengisi minyak. Dalam fikiran mom sudah ada tempat yang hendak di isi, maklum lah sudah bertahun mom menetap di pulau pinang, nak kata semua pulau pinang mom tahu itu menipu lah sangat tapi kalau separuh atau suku dari pulau pinang insyaallah mom tahu kot. 

   Sudah pun sampai di petrol pam shell bukit jambul, mom mengambil laluan motosikal memandang kan kebanyakkan petrol pam di sini mereka sudah menyediakan tempat khas bagi orang ramai yang hendak mengisi minyak untuk kenderaan motosikal dan untuk kereta pula meraka memberi laluan khas untuk kereta. Ini mungkin bertujuan bagi mengelak kesesakan di petrol pam serta mempercepatkan orang ramai mengisi minyak. Bila sampai giliran mom untuk mengisi minyak mom dengan motosikal Kriss yang di beli hasil duit ptpt sewaktu belajar dahulu. Mom pun membuka tempat duduk dan penutup tangki motosikal tiba-tiba datang seorang pak cik sebelah mom, dengan tergesa-gesa pak cik tersebuat terus meluru membayar duit minyak pada attendan pam yang berada berhampiran. Mom hanya terkebil-kebil melihat telatah pak cik yang  boleh di anggap datuk itu, dengan nada yang kuat pak cik itu berkata' ketepi aku bayar dulu' mom pun seperti orang kebodohan membawa motosikal keluar dari laluan dan memberi laluan pak cik itu mengisi minyak.   

   Selesai sudah pak cik tersebut mengisi minyak, dengan wajah yang serius tanpa senyuman pak cik itu menghidupkan enjin motosikal EX5 nya lalu meluru keluar petrol pam entah kemana. Di belakang mom pula ada seorang yang boleh mom panggil dia abang dengan raut wajah yang boleh di lihat lebih dewasa dari mom, lalu abang itu bertanya 'kenapa pak cik tu, sudah potong barisan cakap kasar pulak' . Mom dengan muka merah padam berkata 'pak cik tu memang macam tu, dia kenal saya sebab tu dia cakap macam tu kat saya kami duduk berjiran'. Mom terpaksa cakap begitu kerana tidak mahu abang itu anggap pak cik itu biadap, malu ini amat-amat tak terkira walau pun mom control macho ja.... 

   Sepanjang perjalanan pulang mom hanya tersenyum, tersenyum kerana mom mendapat pengalaman yang unik, pengalaman yang sukar mom lupa serta pengalaman yang membawa mom mengenal apakah itu sikap dan usia. Mom sedikit pun tidak menyimpan sebarang dendam terhadap pak cik tersebut, cuma yang membuat mom berfikir ialah bagaimanakah pak cik itu mampu lalui sisi hidup nya dengan sikap sebegini selama berpuluh tahun. Adakah dia hidup dengan orang sekeliling menyayanginya atau sebaliknya, kalau hendak di fikirkan memang tidak tercapai akal..

    Mom disini ingin mengingat kan pembaca supaya jangan pandang serong pada orang yang lebih tua dari kita, kita manusia biasa jadi ragam orang itu pasti berbeza serta berbagai-bagai dan di malaysia kini mencecah dua puluh lapan juta orang jadi itu bermakna kita perlu tempuh dua puluh lapan juta orang juga. Kita juga mempunya ragam yang tersendiri yang kadang kala kita sedar dan ada kala nya kita tidak sedar ragam kita sendiri. Seperti pak cik tersebut mungkin ragam nya kita akan jumpa seorang dalam sejuta. Kebanyakan orang yang lebih berumur dari kita mempunyai banyak pengalaman serta kadang kala sopan mereka itu melebihi sopan kita...





   


No comments:

Post a Comment