Wednesday, July 18, 2012

Kita hanyalah Manusia


Assalamualaikum serta salam sejahtera....

     Hari ini mom agak keletihan, maklum lah setiap hari banyak kerja yang perlu di siap kan. Hari ini seperti biasa, mom pergi kerja di pagi nan sepi dan pulang di waktu petang dengan penuh kesesakan di jalanan. Maklum lah tinggal di pulau pinang ini bukan seperti tinggal di kampung halaman. Kalau hendak di bandingkan pulau pinang dengan kampung halaman...pasti mom akan pilih kampung halaman kerana kurangnya kesesakan, malahan dapat menghilang kan segala tekanan bebanan kerja.


    Sambil tercari-cari maklumat yang berguna di dalam laman sesawang ini, dengan tidak di sengajakan mom berjumpa sebuah video. Video ini pada mom lebih kepada memberi kesedaran pada diri kita serta orang di sekeliling kita. Mungkin kita tidak menyangka apa lah ada pada air sedangkan air merupakan cecair biasa, itu semua sangkaan kita sebelum berlakunya tsunami. Bila berlakunya tsunami baru lah kita sedar bahawa air itu mampu meragut jutaan manusia. Mungkin kita terfikir untuk lari sekuat hati menakluki bukit yang tertinggi sekali, hakikatnya bukit yang tinggi juga mampu meragut ribuan nyawa apabila ianya runtuh...Dalam keadaan panik mungkin kita terfikir untuk terbang ke udara, hakikatnya angin yang lemah juga mampu menjadi puting beliung yang mampu meroboh kan sebuah benua... Jadi pasti nya kita terfikir untuk tinggal di daratan yang selamat, hakikatnya daratan yang selamat juga mampu menjadi gempa, gempa yang mampu membunuh jutaan nyawa. Gempa yang mampu menghancur gunung yang setinggi awan, gempa yang mampu meroboh bangunan pencakar langit hingga menjadi hingga debu..

   Kuat kah kita ini, pandai kah kita ini...kita mampu berbicara dengan berbagai kisah dan bahasa. Malah kita mampu membuat orang tunduk sujud pada kita.....kita juga mampu menghina sesiapa dengan wang ,pangkat dan nama. Malah kita mampu membuat manusia itu terkucil ketakutan apabila melihat kita, ia bagaikan melihat harimau lapar yang mencari mangsa. Walau sekaya mana kita, walau pun sepandai mana kita, walau pun sekuat mana kita dan walau secantik mana pun kita.... Apabila ALLAH berkehendakkan sesuatu, kun fa ya kun...dunia yang terbentang luas mampu menjadi debu sekelip mata....